KUCHING; Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Kuching pada petang Rabu untuk lawatan kerja singkat bagi memeriahkan Sambutan Perayaan Gawai Dayak 2023 yang berlangsung di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) malam ini.
Ketibaan beliau menggunakan pesawat khas pada jam 18:30 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) disambut oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr. Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.
Turut hadir menjemput ketibaan Perdana Menteri ialah Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Prof. Dr. Sim Kui Hian, Menteri Perpaduan Negara Malaysia, Datuk Aaron Ago Dagang dan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.
Malam ini, Perdana Menteri akan menghadiri majlis perasmian Majlis Perayaan Gawai Dayak 2023 yang bertemakan ‘Segulai Sejalai’.
Perdana Menteri dijangka berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada jam 11 malam ini.
Sumber dari : Sarawakku